Tuesday 3 May 2011

CiNtA...? jod0H..??

             
          Sememangnya rasa cinta itu wujud dalam sanubari stiap insan yg brnyawa d bumi Allah ini. Kita manusia... sentiasa ingin menyintai & dicintai..  Fitrah yg telah Allah Taala ttpkan dalam jiwa kita. Tapi, inikah alasannya untuk kita mencari pasangan..? Kerana ketetapan yg Allah letakkan dalam diri manusia? Banyak persoalan manusia mengenai cinta. Maaf. Bukan mngenai cinta. Tetapi mengenai... " kenapa x bley..? Bukankah Allah yg ciptakan rasa syg menyayangi sesama manusia?" Kebanyakan remaja menggunakan alasan 'ketetapan' Allah. Rasa sayang yg Dia 'kurniakan'. Alhamdulillah.. saudara2ku masih mengenal Allah & tahu mngenai kurniaan Allah. Tetapi... bagaimana pula dari segi larangan-larangan Allah? Bagaimana dengan perintah2Nya yg len..?? Dah selesai?




                Jika berkaitan dgn 'couple' & sebagainya.. kita dah terlalu kerap mndengar dalil Allah S.W.T.. Surah Al-Isra' ayat 32.. "Jangan menghampiri zina".. Ramai yg mengetahui hakikat ini sebenarnya. Tetapi masih akur dgn ajakan nafsu. Rela dgn godaan syaitan. "ala, kami bkn buat apa pon.. keluar makan, jln2 kat Shopping Complex, tgok wayang.. sampai waktu, kami semayang. Lgpon, mak ayah dia kasi sy bwak jln2.." Jawapan sebegini sudah pastinya x asing lg didengar...


                Dating bukan budaya kita. Ia bukan budaya Islam. Dan kita sewenang-wenangnya mengikut jalan Barat. Mencontohi perilaku mereka. Berpegangan tangan & sebagainya. Igtlah sahabat, pesan nabi kita dulu, " man tashabbahu bi qaumin, fahuwa minhum".. barangsiapa yg mencontohi sesuatu kaum, maka samalah ia dengan kaum itu. Sedarlah sahabat. Muhasabah diri kita. Mahukah jika segala amalan kita x diterima Allah..? Solat kita.. puasa.. jasa baik kita.. x takutkah dgn neraka-Nya..? neraka yg disebutkan sbg seburuk-buruk tempat kembali..? ...atau... kta mmg x percayakan suma 2..? na'uzubillahimindzalik..




                Wahai sahabat & juga diriku sendiri... ingatlah, x salah mencintai. Kerana rasa cinta itu wujud dgn sendirinya. Tetapi harus diingat, jgnlah rasa cinta itu melebihi cinta kita kpd-Nya. Saban hari, nafas yg kita hembuskan hingga ke hari ini, adalah hasil belas ihsan-Nya... Segala kebaikan yg kita perolehi adalah rezeki pemberian-Nya.. Taatilah Dia.. Mahukah kita digolongkan dalam golongan2 yg x bersyukur..? Allah telah berfirman; " Jika kamu bersyukur, akan Aku tambahkan nikmat bagimu. tapi jika kamu kufur, ingatlah azab Allah amat pedih". Muhasabah diri kita. Semoga kita sentiasa di bawah redha-Nya..


"ala, kami bkn buat apa pon.. keluar makan,"


adakah terjamin bagi diri anda semasa makan, anda menjaga pandangan mata anda & tiada apa2 rasa dlm hati anda?


"..jln2 kat Shopping Complex,"


adakah terjamin bagi diri anda, semasa berjalan, anda menjaga batas2 yg sepatutnya? Atau anda yg lelaki berjalan di hadapan & si perempuan berjalan di belakang sepertimana yg dipesan Rasulullah? Anda mampu buat begitu??


".. tengok wayang.."


adakah terjamin bagi anda, semasa di dalam panggung, tidak tergugat sedikit pun iman di hati pabila si dia di sebelah? Tiada walau 1% rasa syahwat? Atau anda duduk berjauhan?? Allah itu amat mendalam pengetahuan-Nya bagi setiap perkara. Jgn kita tipu diri sendiri wahai sahabat~


"..sampai waktu, kami semayang..."


Solat? Alhamdulillah. Tetapi igtlah.. Apabila berhimpun yg halal & haram. Maka HARAM jadinya.. 


"... Lgpon, mak ayah dia kasi sy bwak jln2.."


Inilah salah-satu puncanya. Apabila rapuh pegangan agama bagi satu2 institusi kekeluargaan, malaplah cahaya2 Islam di hati anak2. Sepatutnya mereka yg lebih dewasa tahu apa yg baik & buruk bg sesuatu perkara.. Semoga perkara ini jauh dari kita..






Habis 2... Cena nk dpt jodoh kalo x usaha..? bukankah kalo nak sesuatu 2, mesti dengan ikhtiar?


    Heh... Jodoh? usaha untuk mencari jodoh? Jodoh itu ketentuan Tuhan.. Antara ada atau tidak, itu urusan-Nya.. Kita cuma perlu bermohon supaya dijodohkan dengan manusia yg baik & sesuai dgn kita. Ikhtiar? Ya.. ada usaha yg boleh kita ambil dalam hal ini... Kaifa? Satu nasihat yg pernah saya terima dari seorang kawan.. Jika kita inginkan jodoh yg baik buat kita.. yg solehah, baik, penyayang, luhur.. Maka usahanya.. ialah kita perlu mempunyai ciri2 tersebut terlebih dahulu.. Ingatlah.. lelaki yg baik untuk perempuan yg baik, & begitu juga sebaliknya.. inilah Firman Allah dlm surah An-Nur ayat 26...




            Berserahlah pada Allah wahai sahabat.. usah jadikan jodoh sbg satu permasalahan hidup. Biarlah Dia yg tentukannya. Usahlah kita ajukan berbagai persoalan mengenainya. "Tetapi, bolehkah mcm ini, bolehkah kalau mcm itu..". semua itu x perlu.. segala TAPI & KALAU itulah yg bakal membawa kita ke lembah hina tanpa kita sedari.. Yakinlah dgn ketentuan Allah. Segala takdirnya. Ingatlah, bagi sesiapa yg tidak redha dgn qada' & qadar Allah yg tergolong dalam Rukun Iman, maka tidaklah sempurna imannya... Na'uzubillahimindzalik..


        Satu lg pesanan buat sahabat.. InsyaAllah, akan tiba masanya untuk kita mendirikan rumahtangga suatu hari nanti. Dan kita sentiasa berharap agar ianya bahagia & berkekalan hingga akhir hayat. Jadi, pastikanlah 'jalan' yg kita pilih sebelum perkahwinan adalah 'jalan' yg baik.. Supaya rumahtangga kita aman & barakah.. InsyaAllah.. Dan jauhilah 'jalan' sebelum perkahwinan yg buruk.. iaitu perhubungan yg tidak diredhai Allah.. supaya tidaklah kita menyesal di kemudian hari, menjalani suasana rumahtangga yg jauh dari rahmat-Nya...



            Sudahkah anda mencintai Allah sbg cinta tertinggi dalam hidup? Sudahkah kita kenal dengan sedalam-dalamnya siapa Khaliq(pencipta)  kita itu? Sebelum kita nak mencintai hamba-Nya? Sudahkah kita terjemahkan rasa cinta kita kpd Rasulullah..? Tepuk dada tanya iman...



     ~AL ISLAM YA'LU WALA YU'LA 'ALAIH~