Friday 15 July 2011

Khabarku...pada waktu ini~ =)

Assalamualaikum w.b.t.


       Dah berapa lama tak dibuka blog nie.. and tak tambah-tambah plak post yang baru.. hehe... Actually, ada satu entry yang sedang diusahakan.. Tapi belum siap.. Coz agak sibuk bekerja.. ( Dapat gak keja akhirnya ).. Yup, skarang tengah kerja sementara kat SHELL~ Alhamdulillah.. sempat gak bekerja untuk 2 bulan before sambung Degree..                                 


                                          
      Sebut pasal degree, esok la penentunya.. Tepat jam 12.00 tengah hari, akan kalut lah suma budak-budak yang baru abeh STPM & Matrik.. Kalut apa ? Kalut duk check keputusan permohonan ke IPTA.. Semoga dapatlah kos yang dihajati ye.. amin, insyaAllah.. 
                                         
      Entah apa la kos yang saya dapat. Mintak-mintaklah something yang dihajati.. Aminn.. Tapi takpa.. Apa pun keputusannya, Allah lebih mengetahui baik buruk bagi diri kita. Dia telah merancang segalanya di masa depan..


      Ya Allah.. Jika Kau berikan apa yang aku hajati, aku bersyukur dengan kurniaMu, Ya Allah.. Tetapi, jika tidak kesampaian hajatku, Kau jadikanlah aku antara hambaMu yang radha dengan ketentuanMu.. Amin, amin, Ya Rabbal 'Alamin~



Friday 1 July 2011

ISRA' wal MI'RAJ

Assalamualaikum w.b.t.








       27 Rejab sudah pun berlalu pergi.. Satu tarikh yang sepatutnya kita umat Islam tahu mengenainya.. Tarikh berlakunya peristiwa luar biasa terhadap junjungan besar nabi Muhammad S.A.W. Peristiwa ini memberi pengajaran yang patut kita ambil berdasarkan pengalaman Rasulullah S.A.W. Kalo nak tao sedikit sebanyak tentang perjalanan nabi pada peristiwa tersebut, boleh klik kat SINI.


Time layan TV tadi, saya tertarik dengan kata2 seorang ustaz ni yang pada saya memang benar dan saya amat setuju dengannya. Pa nama ustaz tu saya pon terlupa dah. Katanya yang lebih kurang macam ni lah..


" Berkenaan dengan peristiwa dan sambutan Isra' wal Mi'raj ini, para belia kita terbahagi kepada 4 golongan.. "


Haa.. Apa maksud ustaz tersebut tentang belia kita yang digolongkan kepada 4 golongan..??


Maksudnya..




Golongan Pertama
Mereka yang tidak tahu-menahu langsung tentang peristiwa Isra' wal Mi'raj walau pun sedikit 


Golongan Kedua
Mereka yang tahu bahawasanya 27 Rejab itu adalah tarikh bagi Isra' wal Mi'raj tetapi tak tahu apakah peristiwa Isra' wal Mi'raj yang disebut-sebut itu sebenarnya


Golongan Ketiga
Mereka yang mengetahui tentang peristiwa Isra' wal Mi'raj tetapi tidak menghayati peristiwa tersebut dengan sebaik-baiknya. Dalam erti kata lain, hanya tahu cerita tetapi tidak mengambil pengajaran yang ada.


Golongan Keempat
Mereka yang mengetahui mengenai peristiwa Isra' wal Mi'raj serta mereka menghayati pengalaman yang dilalui Rasulullah S.A.W. Mereka mengambil iktibar dari apa yang nabi lihat sejurus mendekatkan lagi diri mereka kepada Allah S.W.T. Namun, golongan ini amatlah sedikit..


Jadi, bagaimana dengan kita ? Di golongan yang manakah tergolongnya kita ? Jikalau dengan usia yang hampir 20 tahun hidup tetapi masih belum sedikit-sebanyak kenal Islam, bila lagi ? Berapa banyakkah masa yang kita ada sebelum kembali kepada-Nya ? Sudahkah cukup 'amal yang ada ? Adakah yakin bagi kita bahawa Jannatullah itu milik kita ? Renung-renungkan & bermuhasabahlah...