Saturday 30 April 2011

Anda Muslim? Apa? Nak capai lebih lagi? Mu'min??

          Bangunnnya anda setiap pagi.. apa perkara pertama yg antum fikirkan? ''toilet''.. ''berus gigi''... ''assignment x siap lagi''.. ''laparnyaa''.. mcm2 kan..? ada jugak yg fikirkan solat subuh, Al-Quran, jemaah kat masjid & sbgnya... bagos lah.. alhamdulillah... yang bangon pagi terus tringat makwe, terbayang ja kat kepala 2(angau), ha.. yg tu, bhaya sket.. kna 'check' balik aqidah.. hehe... walau apa pon fikiran antum, yg pastinya kita x pernah lupa kita Islam... kan..? bersyukurlah kerna Dia memanjangkan nikmat Iman wal Islam buat kita... tapi adakah kita berasa cukup menjadi seorang muslim? hah? nak capai tahap Mu'min..? layakkah kita? meh baca~

            Qudwah Hasanah

Sepetimana yg pernah saya janjikan sebelum ini, saya akan membincangkan sedikit tentang Qudwah Hasanah pada entry kali ini... bagaimana pun, Qudwah Hasanah bukanlah satu topik yg perlukan syarahan panjang untuk menerangkannya.. jadi saya kaitkan Qudwah Hasanah dgn topik kali ini, 'asas2 pembinaan peribadi Mu'min'. Qudwah Hasanah boleh dikaitkan dgn byk topik. Sbg contoh, kepimpinan melalui teladan, & byk lagi. tapi, saya berpendapat lebih sesuai kta bincangkan perkaitannya dgn asas2 pembentukan peribadi mu'min, kerana segala yg hebat pon bermula dr asas yg baik kan? jadi, kita mula dari tapak, yea...

               laa... pa kes? pa kaitan??

Qudwah hasanah membawa pengertian contoh atau teladan yang baik. hal ini kita sandarkan pada Habibullah(kekasih Allah), nabi Muhammad S.A.W yg sepetimana kita ketahui melalui singkapan sirah, baginda bersifat dengan akhlak2 mulia yg x terkira byknya. Baginda sebagai manusia jujur, pemimpin yg terbaik, malahan turut menjadi contoh dlm hal2 rumahtangga.. melalui akhlak dgn isteri, & sbgnya.. pernah isteri Rasulullah, Saidatina Aisyah ditanya.. " Bagaimanakah akhlak rasulullah?" maka jwb Aisyah, " akhlak nabi ialah al-Quran". Segalanya tindak-tanduk baginda adalah anjuran al-Quran & baginda tinggalkan segala larangan al-Quran. Baginda adalah al-Quran yg hidup.. itulah yg dimaksudkan Aishah yg akhlak nabi ialah al-Quran.. 

Jadi... x mahukah kta mengikut akhlak baginda? mestilah nak kan? sbg tanda cintakan baginda.. dan sebagai alternatif untuk mendapat redha-Nya.. habis? apa nak buat? akhlak yg cmna neyh nk diamalkan? sudah tentu akhlak seorang mukmin... kaifa? (bagaimana?) dengan mngetahui asas2 adab & kelakuan Mu'min... ha.. dah nmpak kaitannya sekarang? haiyya2.. kta selami asas2 kelakuan Mu'min~

Menurut Imam Qairawani, seorang imam besar Mazhab Maliki, asas bagi adab & kelakuan mu'min adalah berdasarkan 4 hadis nabi... 





1. Dari Abu Hurairah r.a katanya: " Telah bersabda Rasulullah SAW : " Sebaik-baik Islam seseorang itu adalah peninggalannya tentang apa yang tiada kena mengena dengannya.  
        
           segala yg x berkaitan dgn kita adalah segala yg haram & makhruh di sisi agama walhal yg berkaitan dgn kita adalah yg wajib & yg sunat. yang harus? bagi yg harus pula kita perlu berhati-hati dengannya kerana ia bole mnjadi yg berkaitan atau yg x berkaitan... sebagai contoh, nyanyian yg asal hukumnya harus. tetapi bole mnjadi makhruh & haram mengikut keadaan nyanyian itu sendiri... Sbg contoh, harus jadinya pabila wanita menyanyi di majlis yg dihadiri kaum wanita shj. tetapi ianya menjadi haram pabila majlis itu bercampur lelaki dan wanita di mana berkemungkinan suara wanita boleh menjadi 'godaan' kpd si lelaki yg mendengar. 





2.Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a, bersabda 
Nabi SAW : Tiada beriman seseorang kamu, 
sehinggalah ia mencintai bagi saudaranya sama 
seperti ia menyintai bagi dirinya sendiri.
      
Tanda kesempurnaan iman bagi seseorg itu adalah apabila dia menyayangi apa yg ada pada diri saudaranya sepertimana dia menyayangi apa yg ada pada dirinya sendiri. sbg contoh, jika kita merasakn kesihatan itu penting bagi diri kita, maka kita mesti menjaganya, dan pada masa yg sama kita juga mesti berfikiran yg saudara kita mesti menjaga kesihatannya. Dalam hadis yg len, ada mnyebutkan bahawasanya org muslim itu bagaikan satu badan, jika sakit satu anggota, maka akan seluruh anggota lain merasa sakitnya... tp mslah pula bg mereka yg x fhm. ada lam klngan remaja2 menggunakan hadis nie sbg hujah mereka ber'couple'.. kalo bab len, contohnya solat d awal waktu atau saranan2 Qiyamullail, x pula dalilnya dijadikan contoh. hmm, mmg ssh bg mrka yg tiada asas agama neyh.. doakan sajalah supaya sampai hidayah-Nya...





3.Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : " Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah berkata yang baik atau berdiam diri... ." 
         
    asas ketiga ialah brcakap dgn kata-kata yg baik sahaja ataupun 


diam. kita perlu sentiasa menjaga kata2 supaya x terkeluar dari 


batasan syara'.kata2 yg terkeluar dr batas syara' mengundang murka 


Allah. jika tiada apa yg nak dibicarakan, sebaiknya diam... 


igtlah sahabat, lidah itu lebih tajam dr mata pedang. smoga tiada 


kata2 kita yg mngundang kemarahan manusia sekeliling..






4. Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya ada seorang telah berkata kepada Nabi SAW : " Nasihatilah kepadaku ! " Dijawab oleh Nabi SAW : " Jangan marah! " Orang itu berulangkali meminta supaya dirinya dinasihati, maka tetap Rasulullah SAW mengatakan : " Jangan marah ! "
       
      Asas terakhir adalah menahan sifat marah. marah merupakan sifat mazmumah(keji). marah adalah ajaran syaitan. marah sifatnya panas, & panas adalah sifat api.api boleh dipadam dgn air. maka nabi pernah mengajar, apabila marah, berwudhu'lah. marah juga boleh di lawan dgn satu sifat mahmudah(terpuji) iaitu sifat sabar...
       Tetapi ada marah yg dituntut.. contohnya, kita marahkan anak kita ( kalo da beranak la, hehe..) jika dia x menunaikan solat & sbgnya. dan tujuannya jelas iaitu nak didik anak tu. tetapi harus diingat, kita sendiri mesti pandai membezakan antara marah mendidik atau marah dengan emosi~ 


     


 Jadi, demikian lah asas2 adab & kelakuan mu'min.. smoga kita diberi peluang beramal dgn hadis2 di atas. so, apa tggu lg..?? nk berubah perlukan usaha. hidayah perlu dicari, bkn dittunggu. ayuhh, ikhtiar..!! Qudwah Hasanah sbg matlamat~ :-)








2 comments: