Wednesday 22 June 2011

KeTagiHaN bUku~



Assalamualaikum w.b.t.


Apa yang boleh saya katakan.. Memang boring gila dok umah sebenarnya. Lagi 2 bulan baru sambung degree. Start cuti dari bulan April dulu lagi. Pastu, pertengahan bulan Mei hari tu join urus minggu orientasi untuk budak-budak baru masuk matrik. Then, lam 10 hari abes la program tu.. Tapi, len kali la yer kita berkongsi pasai orientasi tu..  =)


Abeh orientasi tu plak, saya pon pi la cari kerja. Macam-macam tempat saya pi. Stesen minyak, Tesco (time tu tatau lagi kata dy syarikat ISRAEL), KFC, kedai kasut BATA.. Hadoi.. pendek kata penat la lam satu minggu ari  tu cari keja. Isi borang la pa la.. Last2, sapa pon tak kontek. Ciss !


So, skarang ni saya pon ada plan nak abehkan masa kat umah ni ngan satu aktiviti selain menghadap laptop ni jaa.. Apadia ? Ya.. saya nak membaca !! Dan kat bawah ni buku-buku yang sedang dicari~






Buku-buku ni dah lama sebenarnya ada kat pasaran. Cuma saya ja yang baru nak terhegeh-hegeh baca. Hehe.. Doakan saya ada jodoh ngan buku-buku tersebut, insyaAllah... Semoga jumpa suma buku-buku ni. aminn..



PeRMoHonaN USM~

Assalamualaikum w.b.t ...







10 Jun 2011 memang tarikh yang ditunggu-tunggu gak ar.. Tarikh keputusan permohonan ke Universiti Sains Malaysia (USM) keluar. So, cena ? Dapat ka ? Ce citer sket Muhammad Zulhilmi Jamaludin ! UNFORTUNATELY... x dapat tawaran untuk sebarang kos untuk USM.. 


Agak sedih gak ar.. coz USM ney sebenarnya universiti idaman saya dari dulu lagi.. Tapi nak buat cena kan. Dah tadak rezeki. Mungkin dah tersurat masa depan kat tempat lain. Tunggu n saboor je lah~


My best friend in KMPP dapat tawaran USM kos Biologi Gunaan. Mang kos yang saya apply & kos yang diingini sangat-sangat gak ar. Tapi xpa, kita tadak rezeki bersama.. Gud Luck at USM..!! Fikrey namanya~


Fikrey~   =)






Ada juga sorang mamat KMPP yang saya baru kenal time sama-sama jadi fasilitator KMPP baru-baru ni. Dia pon dapat tawaran USM & kos tu jugak. Hmm.. agak jelez la kan. Biasalah manusia.. Saya pon dengan rasa ingin tahu yang amat sangat, check la database kolej. Dan ternyata pointer dia rendah dari saya. I got better pointer than him.. tp xpa laa. Nak wat cena kan, rezeki masing-masing. 


Tapi kan, kadang-kadang saya terpikir gak.. Teruk sangat ka result ujian MUNSYI saya sampaikan budak yang pointer final exam rendah dari saya pon bleh dapat.. Sedangkan saya tak dapat pon..  hehe~


Apa-apa pon saya redha saja skarang.. Dia Maha Kuasa dan berhak ke atas setiap sesuatu.. Dan yang paling penting, Allah sentiasa tahu apa yang terbaik buat kita.. Kita hanya mampu merancang, tetapi Allah menentukan..


" Wamakaru wa makarallah wallahu khoirul maakiriin "


" Mereka merancang, Allah juga merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancang "







Monday 13 June 2011

'AMAR MA'RUF NAHI MUNGKAR





" Kamu adalah umat terbaik dilahirkan untuk manusia, menyuruh dengan kebaikan, mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah "   ( Surah Ali-'Imran ayat 110 )




" Sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah diubah dengan tangannya, jika tidak berdaya hendaklah diubah dengan lisannya, jika tidak berupaya juga hendaklah diubah dengan hatinya dan mengubah dengan hati itu adalah selemah-lemah iman "                       ( Hadis riwayat Muslim ) 




" Demi Allah yang nyawaku di tangan-Nya, hendaklah kamu menyuruh kepada ma'ruf dan mencegah dari mungkar atau Allah akan menurunkan kepada kamu siksaan dari sisi-Nya, sehingga kamu berdoa kepada-Nya, maka Allah TIDAK mengkabulkan doa-doa kalian "                          ( Hadis riwayat Ahmad & Tirmidzi )




Saturday 11 June 2011

KeredhaanMu...

Assalamualaikum w.b.t ~


            Lagu nasyid yang berkumandang kat blog saya neyh tajuknyaa...

                 KEREDHAAN-MU   by   INTEAM...






Jom hayati liriknya...  (:




Ya Allah Ya Tuhanku
Hambamu merindukan
Rahmat kasih sayangMu
Dan jua keredhaanMu
Dalam hidupku


Meskipun kuulangi dosa noda
Yang menjanjikan azab sengsara
Namun ku sedari
KeampunanMu tidak bertepi


Kuakui diri ini
Hamba yang mungkir pada janji-janji
Jadikanlah taubat ini yang sejati
PadaMu Ilahi


Ya Allah ampunkanlah dosa-dosaku
Ya Allah redhakanlah kehidupanku
Moga terhapus penghijab Qalbu antara Kau dan aku


Tuhan kuzalimi diri ini
Andai Kau tak ampuni dan rahmati
Alangkah ruginya diri


Tuhan jangan Kau palingkan hati ini
Setelah Kau beri hidayah
Sesungguhnya Kau Maha Pengasih

..........................................................................................................................


Lagu ni sebenarnya lagu lama.. tahun bapa ntah saya pon da lupa.. Lagu ni rentaknya slow ja.. tapi sedap ar layan ngan mood muhasabahnya lam mengharap redha dari-Nya...
Jom kita teliti mesej & nilai-nilai lam nasyid neyh...




" Meskipun kuulangi dosa noda
Yang menjanjikan azab sengsara
Namun ku sedari
KeampunanMu tidak bertepi "

Potongan lirik ini menerangkan yang Allah itu sentiasa menerima taubat meskipun kita banyak melakukan dosa.. bergelumang dengan dosa sehari demi sehari yang kita lalui...
Firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 74; " Maka mengapa mereka tidak mahu bertaubat kepada Allah dan memohon ampun kepadaNya ? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang "


" Kuakui diri ini
Hamba yang mungkir pada janji-janji "

Janji-janji yang dimaksudkan ialah perjanjian antara manusia dengan Allah sebelum ditiupkan rohnya suatu masa dahulu..
" Dan ingatlah ketika TuhanMu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi(tulang belakang) mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka : "Bukankah Aku ini Tuhanmu ?" mereka menjawab, "betul, kami menjadi saksi". (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari Kiamat kamu tidak mengatakan; Sesungguhnya kami adalah lalai(tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini ". Al-A'raf ayat 172.


" Tuhan kuzalimi diri ini
Andai Kau tak ampuni dan rahmati
Alangkah ruginya diri "


" Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi "          (Surah Al-A'raaf ayat 23)


" Tuhan jangan Kau palingkan hati ini

Setelah Kau beri hidayah
Sesungguhnya Kau Maha Pengasih "

" Wahai Tuhan kami ! Janganlah Kau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu. Sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi Kurnia "     ( Surah Ali-'Imran ayat 8 )


     

Sekian saja.. Berusahalah kita mencari keredhaanNya.. Semoga Dia sudi memberi.. sesungguhnya Allah itu Maha Pemberi Kurnia...



         NASYID SEBAGAI SATU ALTERNATIF DA'WAH   (: